si comel buah hatiku

si comel buah hatiku

Friday, April 23, 2010

Tekanan / Stress Emosi



keikhlasan kita dalam berbicara mahupun dalam sesebuah perhubungan, sangat diperlukan. kalaulah lah, tiada rasa ikhlas, hubungan yang sedia ada tidak mampu berkekalan lebih lama. sebenarnya banyak perkara yang menyumbang kepada keretakan sesebuah hubungan. mari kita fokuskan terhadap hubungan keluarga ataupun di tempat kerja dan lebih-lebih lagi hubungan antara dua hati seperti pasangan suami isteri, yang mana apabila berlaku konflik dalaman, maka emosi individu mudah terganggu. mudah terusik apatah lagi melibatkan orang yang disayangi.

dalam perkara sebegini, terdapat beberapa faktor yang menjadi punca tekanan emosi yang mana faktor tersebut bolehlah dibahagikan kepada 2 iaitu fakto dalaman dan faktor luaran.

Adnan al-Sharif (1987: 86),
menyatakan bahawa tekanan bukan sahaja wujud kerana dipengaruhi oleh
gangguan mental dan emosi tetapi tekanan juga wujud apabila manusia merasa
ketidaktenteraman jiwa atau jiwa yang berada dalam keadaan gelisah, keluh
kesah, ketakutan, kecemasan dan was-was. Gangguan dan ketidaktenteraman jiwa itu pula, sama ada berpunca daripersekitaran luar mahu pun dalam diri manusia itu sendiri. Kasmini Kassim(1992: 26),

Pakar Psikiatri Kanak-Kanak di Malaysia berpendapat bahawa,
gangguan emosi yang sering berlaku di kalangan kanak-kanak dan remaja
kebanyakannya disebabkan reaksi terhadap tekanan yang dialami oleh
mereka. Manakala Uthman Najati (1992: 67), pula menjelaskan bahawa manusia
menghadapi gangguan dan ketidaktenteraman jiwa atau emosi apabila
berlakunya konflik psikis atau pertembungan antara dua jiwa manusia iaitu
jiwa yang beriman kepada Allah S.W.T dan jiwa yang menurut hawa nafsu.
Keadaan jiwa manusia seperti ini dapat digambarkan dalam kisah anak Nabi
Adam iaitu Qabil yang telah membunuh saudara kandungnya, Habil. Kisah ini
terdapat dalam surah al-Maidah, 6: 27-30 .

Tekanan emosi boleh juga disebabkan oleh faktor luaran seperti faktor
persekitaran. Hubungan antara persekitaran dengan tekanan ialah bagaimana
persekitaran yang melingkungi remaja boleh menyebabkan mereka tertekan
seperti persekitaran yang terlalu padat dengan penduduk, pembangunan yang
terlalu pesat, suasana masyarakat yang kurang baik dan suasana yang bising.
Perbandaran yang terlalu pesat berlaku merupakan penyebab kepada tekanan.
Peningkatan kos hidup dalam bandar menyebabkan individu berlumba-lumba
meningkatkan pendapatan keluarga. Di samping itu, perbandaran juga
menyebabkan individu banyak menghabiskan masa di jalan raya kerana
kesesakan lalu lintas.



bersambung...
p/s rujukan Tekanan Emosi Remaja Islam
FARIZA MD. SHAM

Thursday, April 22, 2010

Stress siri 1


Dalam kehidupan kita memang tidak lepas dari sebarang tekanan..kata orang, bukanlah namanya hidup kalau tiada sebarang tekanan ataupun Stress. dikala usia menjengah alam dewasa, peranan dan fungsi individu semakin bertambah. tanggungjawab bukan sekadar sebagai anak di rumah, malah lebih dari itu termasuklah sebagai bapa atau ibu kepada anak-anak, guru kepada muridnya, ketua kepada pengikut dan sahabat kepada sahabatnya. walaupun demikian, tugas atau peranan kita bukan setakat pada contoh tadi, tetapi tanggungjawab kita merangkumi aspek yang sangat luas termasuklah dalam hubungan dengan manusia lainnya, alam sekitarnya dan makhluk lainnya selain daripada ummat manusia.

penekanan kepada pengawalan tekanan yang datang bertubi tanpa dipinta ataupun tidak ber"surat memohon" minta keizinan menguasai diri kita. apakah persediaan kita dalam merungkai misteri ini? boleh kah dikatakan misteri? terpulang kepada pembaca pemikir budiman. pantai tidak pernah sunyi dari landaan ombak, begitu juga manusia yang tidak mampu melarikan diri dari tekanan melainkan terpaksa di hadapi jua. betul tidak? ada juga dalam kalangan kita mengatakan bahawa tiada warna hidup ini tanpa tekanan, ibaratnya tiada kemanisan, kepahitan dalam campuran kopi dan gula. maka jawapannya kopi tawar. justeru, perbincangan ini lebih tertumpu kepada cara pengawalan ataupun menangani masalah tekanan atau konflik yang timbul.

Tetapi sebelum kayuhan semakin laju, kita teliti terlebih dahulu apa maksud sebenar stress atau tekanan ataupun konflik? pasti ramai yang tertanya-tanya dan ada juga yang sudahpun maklum maksud dan pengertian sebenar.Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.Konflik atau Konfontasi biasanya bermaksud perselisihan, namun boleh juga diertikan pertikaian. Satu keadaan gangguan emosi, pemikiran dan fizikal seseorang.

tekanan atau stress ini boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian iaitu tekanan emosi, tekanan fizikal dan tekanan mental.

bersambung...

Wednesday, April 21, 2010

kembali

assalamualaikum?
lama jugak x update blog ni. hampir 20 bulan sdh jmp kwn2. harap sume pun sht n hepi dgn tugas msg2.

so, pas ni, harap dpt jmp la wlu pun secara maya.

Sunday, May 31, 2009

Life Goes On

Life Goes On

Ya..apa pun yang terjadi, segala kepayahan dan penderitaan hidup, segala onak dan tribulasi mesti ditempuhi dan di redahi dengan segala kekuatan dan semangat yang tinggi yang memerlukan pengorbanan dan perjuangan yang besar. Kehidupan bagi sesorang tidak sama. Perjalanan hidup masing-masing adalah berbeza. Bagaikan kita adalah watak utama sebuah cerita kehidupan, manakala yang lain pelakon pembantu di pentas dunia ini.

Hidup tetap jua di teruskan. Persoalannya bagaimana untuk meneruskan hidup ini? Dengan latar belakang kehidupan yang pelbagai. Di satu sudut, kehidupan manusia yang miskin, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang..ibaratnya..malah, adalah lagi yang lebih miskin daripada itu. Manakala di satu sudut yang lain, kelompok manusia yang hidup mewah disulami wang berganda dan harta tersimpan kemas. Tidak dilupakan di sebuah sudut yang lain, manusia hidup dalam peperangan dan kebuluran. Begitu juga manusia yang hidup dalam kesederhanaan.

Sudah tentu! Kehidupan ini pasti diteruskan..Life goes on! Sebagai manusia, sebagai muslim, bersyukur kepada Pencipta Langit dan Bumi, Allahu Ta’ala yang sentiasa memberi rezeki kepada para hambaNya, selagi mana manusia berusaha mencari! Kita telah diberikan pilihan samada untuk memilih kebaikan atau keburukan disamping panduan yang disediakan allah buat hambaNya..Al-Quran dan As-Sunnah.

Di suatu ketika, sering terlihat di kaki-kaki lima dereten kedai di bandar-bandar besar, di posisi yang agak selesa, duduk seorang tua..peminta sedekah! Satu cawan kecil digenggamannya..di ruang makan, di satu restoran pulak, kelihatan anak-anak kecil kesana kemari, menjengah dari satu meja ke satu meja yang lain, tidak lain tidak bukan..meminta sedekah! Kekadang terfikir, inikah caranya..Life goes on? Ya! Bagi sesetengah orang. Yang lebih menyedihkan, ada yang sanggup mencederakan dan mencacatkan anggota badan, semata-mata memancing belas kasihan orang ramai untuk menghulurkan Ringgit Malaysia. Ini adalah sebahagian kisah dan ragam manusia menginterpretasikan kaedah penerusan kehidupan mereka.

Kehidupan yang sangat sarat dengan tanggungjawab sebagai seorang hamba kepada Pencipta. Kehidupan yang semestinya diteruskan walau apa jua halangan dan jangan pernah putus asa untuk hidup.

Friday, May 29, 2009

Assalamualaikum W.R.T

Alhamdulillah, dapat juga kita bertemu semula dalam ruangan maya ni. Sepanjang sebulan berada di Negeri serambi Mekah tu, banyak benda yang saya belajar.. banyak benda nak di kongsi bersama, rasa tidak sabar berkongsi pengalaman, bertukar cerita kisah suka duka dengan kawan2.

Salam kerinduan buat semua sahabatku, agak lama tak berjumpa. entah apa khabar berita.

Wednesday, April 29, 2009

impianku bahagia

aku menjengah ke luar beranda rumah, terimbau kenangan masa mula-mula menjejak kaki ke rumah ni kira-kira dua tahun lepas..terasa baru je masa tu berlaku.. ku lihat pula ruang dalam rumah ni..tak lama lagi aku nak tinggalkan rumah ni..ruang tengah rumah yang banyak menyimpan memori bersama sahabat seperjuanganku..satu sudut umpama bilik luasku walaupun aku mempunyai bilik yang ku kongsi bersama teman-temanku, namun ruang tamu yang luas ni juga lah jadi tempat lenaku, walau sejuk menggamit jasad, tak ku hirau. dah banyak kali teman-teman menasihatiku agar tidur beralaskan tilam, tapi ku biar ia berlalu. sebenarnya banyak lagi kenangan dalam rumah ni, tapi hari esok bakal melakar sejarah, aku dan seorang temanku akan meninggalkan rumah ini..

hati digamit kesedihan dek kerana perpisahan yang bakal kunjung. tapi aku semacam belum bersedia untuk itu..Oh Tuhanku, tabahkanlah hati hambamu ini. moga dengan perpisahan ini dapat mengeratkan lagi ukhuwah yang telah terbina sekian lama..ameen. setiap pertemuan pasti ada perpisahan, begitulah adatnya dan lumrah manusia.

ku lontar pandanganku ke luar semula, namun hati teringat pada keluarga nun jauh diseberang laut sana. kira aku ni kat oversea la. wahai ibu, wahai ayah, sekian lama menanti anakmu ini, akan ku bawa segulung ijazah sebagai hadiah buatmu, sebagai membalas jasa dan pengorbananmu, walau ku tahu, tidak terbalas budimu padaku. dua bulan lagi, aku akan kembali ke tanah kelahiranku. yang pasti, kegembiraan sedang menanti disana. sekian lama juga keluarga ternanti-nanti kepulanganku. Aku sayang kalian semua.

esok yang bakal menjelma. Andai esok masih ada untuk ku. kami akan berangkat ke kelantan untuk praktikum, berdebar dihati mengingatkan persedian untuk mengajar nanti. apa pun, aku kena teruskan juga. aku sedar tugas mengajar dan mendidik bukanlah perkara mudah seperti sangkaan masyarakat kita, bukan hanya untu menunggu gaji pada setiap bulan, tapi bagiku, mendidik anak bangsa ini sebagai tanggungjawab dan amanah yang sangat besar dan mesti dilaksanakan bersungguh-sungguh.

aku menghela nafas sedalamnya. bukan nak mengeluh, tapi hanya memberi keselesaan pada ruang pernafasanku. baru sekejap tadi temanku jes selesai mengemas barang-barangnya. kini giliranku pula. teman yang lain sibuk dengan hal masing-masing. pada teman-teman, aku sayang kalian, maafkan aku andai banyak salah dan silap pada semua.

Buat ketua rumah ni, Ida, thanks ya coz sudi menjadi pemimpin dalam rumah ni, bagai ibu kami la, syukran jazilan coz banyak bagi pinjam motor, jasamu tak ku lupakan. sahabat baik ku Jas, moga persahabatan kita akan berkekalan sampai akhir hayat kita, ku mohon sejuta kemaafan atas kesalahan dan kesilapan padamu.. kaulah sahabat sejatiku..buat sahabatku Yan pula, terima kasih coz banyak bersabar dengan karenahku yang sekejap sejuk, dingin, panas dan luruh..paham juga kan..thanks for being my friends. tak lupa buat sahabat serumah yang lain, Shila, Mizah, Dayah, Farah, Ismah, Wan, Nor, Gita dan Pipun, maaf ya atas segala salah silapku..semoga ukhuwah yang terbina ini berkekalan.

kini aku dah selesai mengemas barang-barangku. beberapa kotak buku, akan ku pos ke sabah. barang yang lain akan ku bawa ke kelantan nanti. selepas ini, bermulalah kisah hidupku yang baru. aku akan berganjak ke alam pekerjaan dan itulah yang ku tunggu selama ini. akan ku tunaikan tanggungjawabku pada kedua orang tua ku.. Moga Allah memelihara mereka sebagai mana mereka memeliharaku sejak kecil. Ameen..

"cik siti!" jantungku berdegup kencang. entah siapa pula yang sangat bersopan menyapaku..bahuku terasa sakit..kemudian aku menoleh ke belakang, oh.. minah ni rupanya....

#to be continue#

Monday, April 27, 2009

Salam kerinduan buat sahabat, tahniah sebab tak lama lagi nak Praktikum, do the best dan kiat menjadi orang yang bermanfaat kepada masyarakat..SEMOGA SUCCESS SELALU!

Gemuruh

Bila bertalu rentak dikalbu
Hasrat tersirat semakin kuburu
Bila bergema laungan gempita
Harapan bernyala nadiku berganda

Gemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak ingin keangkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasa

Ungkapan ini bukan sekadar bermimpi
Segalanya pasti kan terbukti nanti