si comel buah hatiku

si comel buah hatiku

Friday, October 29, 2010

KENALI PERALATAN JAHITAN

PERHATIAN KEPADA SESIAPA YANG MENCARI PERALATAN MENJAHIT, INILAH DIA.

Pita pengukur

- Untuk mendapatkan ketepatan ukuran badan pemakai.

- Diperbuat daripada plastik lembut, kaca gentian atau kain minyak supaya tidak kecut.

- Panjang pita pengukur biasanya, 1.5 meter atau 150 cm.

Pembaris sesiku

- Mempunyai sudut 90 darjah, yang digunakan untuk mendapatkan sudut yang tepat semasa membuat rajah,atau pola.

- Digunakan untuk mendapatkan pecahan-pecahan ukuran tertentu seperti garisan lubang lengan dan leher untuk baju, atau garisan cawat untuk seluar.

- Diperbuat daripada kayu atau plastik.

Pembentuk

- Digunakan untuk membuat bentuk-bentuk pola seperti rusuk baju atau gaun.

- Sesuai untuk bentuk bahagian-bahagian melengkung seperti pinggang dan punggung.

- Panjang biasanya 60 cm.

- Diperbuat daripada kayu atau plastik.

Pembaris lurus

- Digunakan untuk membuat garis lurus.

- Diperbuat daripada kayu atau plastik.

Kertas minyak

- Digunakan untuk melakar rajah.

Kapur

- Digunakan untuk memindahkan tanda-tanda, cabang-cabang dan lain-lain garisan pola daripada kertas kepad fabric jahitan.

- Terdapat dalam pelbagai warna.

- Biasanya berukuran 6cm, dan berbentuk tiga atau empat segi.

Jarum peniti

- Digunakan sebagai penanda kepada fabrik.

- Digunakan mengikut kesesuain fabrik.

- Diperbuat daripada keluli berkilat supaya ia tidak meninggalkan kesan kepada fabrik.

- Digunakan untuk menetapkan kedudukan sementara supaya menyemat kertas ke kain, melekatkan lapisan kelepet dan lain-lain.

Benang kapas

- Mempunyai pelbagai warna.

- Sesuai digunakan untuk menjahit.

- Lebih lembut dan senang dijahit di atas pelbagai jenis fabrik.

Gunting fabrik

- Diperbuat daripada keluli tahan karat

- Berukuran 18-21 cm panjang

- Mempunyai mata pisau yang rata dan tajam

- Elakkan menggunting kertas

- Simpan di dalm sarung yang diperbuat daripada fabric flannel

Penetas jahitan

- Merupakan keluli tajam dan pemegangnya adalah plastik.

- Digunakan untuk menanggalkan mesin atau jahitan tangan seperti jelujur.

- Simpan dengan hujungnya tetutup, dadalam sarung.

Jarum jahitan tangan

- Saiz jarum ditentukan mengikut nombor.

- Jarum yang kasar bernombor kecil dan jarum ynag halus bernombor besar.

- Jarum bernombor 7-9 digunakan untuk jahitan tangan biasa.

"selamat menjahit dengan gembiranya"

THANKS


cutenyer...anak sapa tu? gambar hiasan je..anak sedara aku..

cabaran dan dugaan alam pekerjaan terkadang mencapai tahap tension/ tekanan yang sangat menggigit serebrum otak aku ni..rasanya bagai menyengat dan berdenyut2 kepala sehinggakan terasa nak tarik2 rambut ni..tapi masa ni jgk la aku nak share ngan korang, berbaloi kehidupan yang penuh dengan dugaan..pada hujungnya ada kemanisan menanti..betul x?

tidak semua yang kita harapkan penuh dengan magic akan berlaku, tetapi, boleh jadi, pada pertengahan, hujan melabuh membasahi diri..falsafahnya..means, xsemua yang kita harapkan, pasti menjadi milik kita, tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya..

wahai hujan yang tengah turun renyai2 nie, pasti kau dengar jeritan hatiku berlagu, mendendangkan irama yang sungguh menyayat hati..siapa kata Malaysia x boleh? kita pasti boleh..patrioitik rupanya makcik ni..sapa kata kita tidak mampu bersaing dengan negara lain? apatah lagi kita umat Islam, umat yang dimuliakan Allah s.w.t..umat yang penuh dengan semangat Jihad..kesungguhan dalam usaha yang dilakukan.. umat Nabi Muhammad s.a.w. yang akan mendapat syafaat Baginda nanti..insyaAllah..

jadi, kita jangan sampai berhenti berdoa memohon keampunan kepada Sang Khaliq iaitu Allah s.w.t. Tuhan sekalian Alam. betapa perlunya kita menjadi manusia yang dapat mengangkat martabat Islam dan maruah diri..jangan sekali atau banyak kali kita lalai dengan kesenangan dunia yang sementara ini..

aku kah itu? ya, suara hati pasti selamanya berfikir mengilhamkan kebenaran selagi mana iman hanya pada Allah s.w.t..syukur..kepala tidak sakit lagi..mungkin urat dalam dan sel2 otakku sudah berfungsi dengan baik yang sepatutnya.. bukan gila, janganlah tersalah faham ayat ye..ternyata banyak panduan ke arah sakinah atau ketenangan dalam hidup.

"sesungguhnya berjayalah orang2 yang beriman"





Sunday, October 3, 2010

raya..raya..raya..

raya ke2 ari tu buat reunion sekolah rendah..seronok sangat dapat jumpa kawan lama..masing2 dengan haluan..tapi, ramai jgk x dtg, huhu sedih jgk..maybe next reunion, kne buat promosi besar-besaran..harap sume blh dtg..

ni masa reunion ngan mber sekolah rendah 1991-1996..

Friday, September 3, 2010

BERTEMU PASTI ADA BERPISAH

SETIAP PERTEMUAN, PASTI ADA PERPISAHAN,

Sudah lumrah manusia, bertemu pasti akan berpisah..buat sahabatku CIK NADIATUN SOFIA DAN CIK SALMI, yang baru selesai menamatkan praktikum di SMK BADIN, TUARAN, semoga berjumpa lagi pada masa akan datang, akak sentiasa mendoakan semoga adik berdua sentiasa maju kehadapan..

cabaran kehidupan ada di mana2 sahaja, kita sebagai seorang yang berilmu, seharusnya bijak mengendalikan setiap permasalahan yang timbul..

kadang-kadang, dikatakan, tidak ceria, tidak manis sebuah kehidupan tanpa cabaran dalam kehidupan..asam garam, pahit manis hidup membawa keceriaan..

all the best...

Geng Selasih SMKT 1999




rasanya, terlalu lama jemari ini berdiam kaku tidak perlu pada dashboard ini..tapi hari ini, terasa mahu dikongsi perasaan gembira dan bahagia. sekian lama membisu, ramadhan yang mulia menyatukan kami semula..GENG SELASIH 1997-1999, SMK TAMPARULI, SABAH, bersua walau secara maya di alam Facebook..girang di hati tidak mampu terucap oleh kata2.. memang sudah terlalu lama mencari teman-teman yang sekarang ini masing2 membawa haluannya.

tidak kurang juga, ramai yang sudah berumah dan bertangga..dah ada baby pun..keberkatan ramadhan juga menyambung ikatan yang pernah terjalin dahulu..ku coretkan antara nama yang sering menjadi pendamping alam persekolahan selama tiga tahun di SMKT.

ROSMINA SAMIN, ROSLINA SAMIN si kembar yang periang, NOORZIANAH ONDU, yang pernah menjadi sahabat rapatku dan sama2 menyambung pelajaran ke SMKA KK bersama MAZLIAH MAJALIN, SH. MASWAN, SH.MOHD ARIF...FAZILAH OTHMAN, DAYANG CT ASIAH, DYGKU CT HAMIDAH, NORLIAH MUPARANG, SITI HAWA, NOR CT AISYAH yang juga dikenali geng asrama pada ketika itu...JURAINIH, HERMAH,CT AMINAH, SURIA, CT AISYAH, NORAINI, HERMAH, NORLYANA, DINA, dan beberapa ORANG lagi yang tidak dapat ku coretkan di sini..

kerinduan seringkali menjengah ingatan. sungguh manis kenangan itu dan alam yang mengajar kedewasaan..syukur dipanjatkan kepada Allah swt dengan rahmat dan inayahNya, kami dipertemukan semula..

moga kalian sahabatku sentiasa berada dibawah payung rahmatNya..ameen.

Sunday, August 15, 2010

Ahlan Wasahlan Ramadhan

ahlan wasahlan wa marhaban bikum

ahlan wasahlan Ramadhan al-Mubarak..agaknya masih belum terlambat untuk saya mengucapkan selamat menyambut ramadhan bulan yang barakah dan penuh kerahmatan..bulan yang penuh dengan kemuliaan..satu-satunya bulan dimana Allah memberi peluang kepada hambaNya memperbanyakkan amalan kebaikan sebagai bekalan dan tabungan akhirat kita kelak.

kehadiranmu ramadhan sangat dinanti oleh seluruh umat manusia. pada bulan ini, Allah memberi pahala kebaikan bagi setiap amalan yang dilakukan oleh hambaNya.

Bagaimana kita mengisi kehadiran ramadhan kali ini? begitu banyak amalan-amalan sunat yang dituntut oleh islam supaya kita berlumba-lumba melakukannya.. pengisian dan menghidupkan bulan yang mulia ini boleh melakukan amalan seperti berikut;

1. Solat Sunat Tarawikh
2. Membaca al-Quran, tadarus al-quran
3. Zikrullah mengingati Allah s.w.t.
4. Membantu dan menolong orang lain bagi meringankan beban mereka.
5. Bercakap dengan sopan dan elak dari bercakap perkataan yang tidak baik.
6. Banyakkan berdoa kepada Allah s.w.t.

penghayatan bulan mulia membawa seribu erti buat kita. inilah masa dan peluang yang dikurniakan Allah s.w.t. kepada umat manusia menambah pahala yang berlipat ganda..moga kita tergolong dalam kalangan orang-orang yang diredhai Allah s.w.t.

"Selamat Menjalani Ibadah Puasa"

Monday, July 26, 2010

kau sahabatku, kau teman sejati

KAU SAHABAT, KAU TEMAN SEJATI.

lega rasanya dapat berkongsi dan bertemu maya bersama sahabat. rindu beneren pada sahabat seperjuanganku semasa di kampus dulu. Patutlah seniorku mengatakan, alam kampus merupakan alam yang sangat manis dan penuh dengan kenangan suka duka. Kini, semua hanyalah kenangan. kita bersama terus melangkah ke alam kedewasaan yang penuh cabaran. Perlu melalui liku-liku kehidupan yang penuh dengan rintangan dan pelbagai godaan duniawi.

Kadang=kadang, rindu membisik hati. Teringat kisah bersama sahabat karibku. Apabila rasa rindu ini menjengah, alamat mengalir air mata tanda kerinduan mengenangkan sahabatku itu. benar, segala ranjau di kampus dulu, kami sama redahi..biar pelbagai umpatan, kejian, malah pujian, kami telan segala kepahitan dan lontar kemanisan hidup bersahabat. kenangan 7 tahun bersama, akan sentiasa terpatri dilubuk hatiku selamanya.

sahabatku ini sentiasa membimbingku ke jalan yang diredhai Allah. ya, aku sentiasa bersyukur dipertemukan dengannya. sentiasa memaafkan kesalahan, mudah mengalah denganku dan susah senangku, adalah susah dan senangnya.

kini kami terpisah oleh jarak dan tempat. masing-masing sibuk dengan hal sendiri. namun, sering juga aku menghubungi sahabat baikku itu. begitu juga dia. bila diimbau semula kenangan lalu, sungguh manis dan menjadi sebuah diari yang paling indah. bila mana ia mengajar kita erti kehidupan dan membentuk identiti diri sebagai manusia muslim. aku yakin, pilihanku tepat dalam bersahabat dan semoga anda semua memilih sahabat yang membawa ke jalan yang benar.