si comel buah hatiku

si comel buah hatiku

Monday, July 26, 2010

kau sahabatku, kau teman sejati

KAU SAHABAT, KAU TEMAN SEJATI.

lega rasanya dapat berkongsi dan bertemu maya bersama sahabat. rindu beneren pada sahabat seperjuanganku semasa di kampus dulu. Patutlah seniorku mengatakan, alam kampus merupakan alam yang sangat manis dan penuh dengan kenangan suka duka. Kini, semua hanyalah kenangan. kita bersama terus melangkah ke alam kedewasaan yang penuh cabaran. Perlu melalui liku-liku kehidupan yang penuh dengan rintangan dan pelbagai godaan duniawi.

Kadang=kadang, rindu membisik hati. Teringat kisah bersama sahabat karibku. Apabila rasa rindu ini menjengah, alamat mengalir air mata tanda kerinduan mengenangkan sahabatku itu. benar, segala ranjau di kampus dulu, kami sama redahi..biar pelbagai umpatan, kejian, malah pujian, kami telan segala kepahitan dan lontar kemanisan hidup bersahabat. kenangan 7 tahun bersama, akan sentiasa terpatri dilubuk hatiku selamanya.

sahabatku ini sentiasa membimbingku ke jalan yang diredhai Allah. ya, aku sentiasa bersyukur dipertemukan dengannya. sentiasa memaafkan kesalahan, mudah mengalah denganku dan susah senangku, adalah susah dan senangnya.

kini kami terpisah oleh jarak dan tempat. masing-masing sibuk dengan hal sendiri. namun, sering juga aku menghubungi sahabat baikku itu. begitu juga dia. bila diimbau semula kenangan lalu, sungguh manis dan menjadi sebuah diari yang paling indah. bila mana ia mengajar kita erti kehidupan dan membentuk identiti diri sebagai manusia muslim. aku yakin, pilihanku tepat dalam bersahabat dan semoga anda semua memilih sahabat yang membawa ke jalan yang benar.

1 comment:

~hikari said...

miss u la k.ct..hehe