salam ukhuwuah...assalamualaikum?
satu perkongsian bersama, mengenai tatacara berdisiplin dengan masa. Teknik penyusunan masa dengan lebih efektif kepada umum khususnya kepada para remaja..
"cikgu, macam mana nak bahagi masa? lagi-lagi dekat exam, susah concentrate la"
"cikgu, saya terlibat aktif dengan sukan, bila badan letih, malas nak ulangkaji..apa cara belajar dengan berkesan dan seronok?"
begitulah antara soalan anak murid kepada para guru. lihatlah, secara tidak langsung, guru menjadi pakar motivasi kepada pelajar. Merupakan tempat rujukan serta tempat untuk penyelesaian masalah. tidak kurang juga hebatnya seorang guru, menjadi orang yang sangat dipercayai oleh pelajar.
berbalik kepada permasalahan disiplin masa, saya suka merujuk kepada satu surah al-quran, yang sering kita baca pada setiap kali majlis-majlis ilmu iaitu surah al-asr, yang bermaksud;
"DEMI MASA. SESUNGGUHNYA MANUSIA BERADA DALAM KERUGIAN. KECUALI MEREKA YANG BERIMAN DAN BERAMAL SOLEH SERTA NASIHAT MENASIHATI ATAS KEBENARAN DAN KESABARAN" (surah al-asr:1-3)
Benarlah manusia ini sentiasa dalam kerugian, termasuklah didalam semua lapangan andai tidak bijak dalam pengurusan masa kecuali bagi orang-orang yang tahu menghargai masa. Masa juga sering dikaitkan dengan perumpamaan,
"MASA ITU EMAS" menunjukkan betapa bernilainya masa.
pepatah arab menyebut,
LA TUAJJAL 'AMAL ALYAUM ILA AL-GHODA
( jangan kamu tangguh kerja hari ini ke hari esok )
berdasarkan beberapa alasan tadi, kepentingan menjaga masa perlu diketahui oleh semua lapisan masyarakat. terlalu banyak kesan yang negatif daripada pengabaian masa termasuklah hidup dalam keadaan tertekan dan emosi tidak stabil. segala hasil kerja tidak memuaskan dan sering gagal dalam kehidupan. produktiviti kerja menurun dan seluruh kehidupan yang tidak mementingkan masa mengakibatkan seseorang akan ketinggalan dalam arus semasa ini.
panduan bagi mereka yang mencari cara efektif mengurus masa dengan baik dinasihat supaya mencuba beberapa langkah ini.
"SEBUAH KEJAYAAN BERMULA DARI SATU LANGKAH PERUBAHAN"

- MERANCANG PENGGUNAAN MASA
Apabila merancang masa, kita mestilah memastikan antara perkara yang perlu diberi perhatian termasuklah masa untuk solat, membaca buku, mengulangkaji pelajaran, membantu ibu bapa, beriadah dan berehat. sila pastikan kita telah merangka jadual harian atau jadual hidup sepanjang 24 jam.
- MENGURUS MASA DENGAN BAIK
pengurusan masa kearah perkara-perkara yang berfaedah sahaja seperti dalam keadaan kita menunggu bas, kita mengambil sedikit waktu terluang untuk membaca buku, ketika berada dalam kenderaan dan di mana-mana sahaja.
- MENENTUKAN MATLAMAT HIDUP
apakah tujuan hidup seorang manusia dimuka bumi ini. tanya pada diri, 5 tahun, 10 tahun akan datang atau mugkin, 20 tahun lagi, kita menjadi manusia apa? tentukan halatuju kehidupan kita. spesifikkan matlamat kita supaya lebih jelas dan memotivasikan diri. pastikan juga, matlamat kita sesuatu yang mampu untu dicapai.
panduan ringkas ini diharap dapat membuka jalan kepada mereka yang benar-benar pasti untuk melakukan satu transformasi mengubah hidup kearah kecemerlangan di dunia dan akhirat.
Khusus kepada anak didik yang disayangi, belum terlambat untuk menggenggam sebuah kejayaan.. insyaallah, kita pasti boleh.

No comments:
Post a Comment