si comel buah hatiku

si comel buah hatiku

Sunday, November 2, 2008

Kau Sahabat Kau Teman Sejati



Wahai Teman,
ingin hati ini berbicara,
meluah rasa tidak terhingga,
pada hati yang sepi,
kau datang menemani,
kala kedukaan menerjah,
kau setia disisi...
Teman yang Istimewa,
hanya satu dalam sejuta,
tiada dua atau tiga,
ku ingat satu masa,
tika poket kering,
tika perut menari,
dan tika itu juga lah,
kau menghulur tangan,
menyua makanan ke mulut ku,
teman,
kau sentiasa menemaniku kala suka dan duka,
dan kini,
kau masih setia
walau kita...terpisah jarak,
kau akan ku kenang hingga ke akhirnya...
salam exam.
Rasanya sdh lama kita tidak bersua dalam blog ini. maybe masing2 sibuk dengan urusan. alhamdulillah, minggu kuliah sdh pun berakhir dan kini menjelang final exam. buat sahabat semua, ku doakan agar kata berjaya dalam exam kali ini. sem depan kita dah sampai ke sem last, agaknya bila lagi kita blh jmpa pastu. masing2 dah bawa haluan. ape pun, diharap agar, persabatan yang terjalin sepanjang 4 tahun menuntut ilmu di UM ni, kekal sampai bila2. moga ukhuwah kita yang terbina ini mendapat redha Allah. kerana...biar lah setiap pertemuan kerana Nya begitu juga setiap perpisahan juga kerana Nya...