si comel buah hatiku

si comel buah hatiku

Saturday, October 12, 2013

Continuing Professional Development / CPD

KEPIMPINAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


Alhamdulillah, syukur ke hadrat Nya..memberi kesempatan masa dan tenaga serta kesihatan yang baik, sehingga saya dapat menghadiri kursus CPD sepanjang 5 hari, 8-12 oktober 2013 bertempat di Hotel Suria City, Johor Bahru. Rupanya banyak hikmah yang saya perolehi sepanjang kursus berlangsung, walaupun pada awalnya, saya hanya memenuhi kuota yang kosong memandangkan tahun posting 2009.

Banyak sebenarnya yang hendak dikongsikan, walaubagaimanapun, saya lebih tertarik untuk berkongsi berkaitan dengan pengunaan TEORI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN yang pernah kita temui semasa di IPTA dulu. Isunya adalah, adakah kita mengamalkan atau mengadaptasi atau mengaplikasikan teori pembelajaran tersebut dalam konteks P&P kita yang sebenarnya. Pelbagai respon daripada rakan guru yang lain mengatakan salah satunya penggunaan teori kasi sayang.. bila di soal semula oleh penceramah, apakah nama sebenar teori tersebut? ramai dalam kalangan peserta pada masa itu terpinga-pinga..kenapa ini berlaku? kita dah praktik pelbagai kaedah dan teori pengajaran dan pembelajaran termasuklah teori Maslow, Pavlov dan sebagainya, tetapi pada sejauh mana keberkesanan teori yang kita praktik kan tersebut? menyentuh berkaitan teori kasih sayang ialah teori Asertif iaitu lebih kepada daya pujuk seorang guru kepada muridnya..bukan dengan cara kekerasan.

Hakikatnya, saya berpendapat kita sebagai seorang guru perlu sentiasa memperkemaskan diri dengan pelbagai ilmu dan kemahiran pedagogi, termasuklah ilmu-ilmu kepimpinan sebagai seorang guru. kita adalah PEMIMPIN dalam konteks bilik darjah. kita juga adalah PENGURUS BESAR dalam kelas. andaikata kita tidak mengurus kelas dengan baik dan bijak, banyak masalah yang akan timbul seterusnya merugikan institusi kita. kita lihat pada contoh pada guru kelas sebagai pengurus bilik darjah dibawah tanggungjawabnya, mengabaikan amalan tersebut, natijahnya, bilik darjah yang TIDAK TERURUS, SURAM, pelajar yang KURANG BERKEYAKINAN, EMOSI TERGANGGU, seterusnya tidak dapat MENGAWAL KELAS dengan baik.

Guru seharusnya menjadi contoh tauladan yang baik kepada pelajar..daripada perkongsian ini, saya ingin menyatakan perkara yang perlu dilakukan oleh kita yang bernama guru ialah:

  1. GURU ADALAH PEMIMPIN DI DALAM DAN DI LUAR BILIK DARJAH.
  2. SEORANG PEMIMPIN PERLU MEMPUNYAI CIRI-CIRI SEPERTI BERKALIBER, OPTIMIS, KREATIF DAN EMPATI.
  3. GURU PERLU MEMBANGUNKAN DIRI TERUTAMA DALAM KEMAHIRAN KOMUNIKASI DAN ILMU PEDAGOGI.
  4. GURU HENDAKLAH SENTIASA PEKA DENGAN ISU-ISU YANG BERLAKU DALAM DUNIA PENDIDIKAN KHUSUSNYA.
 MARILAH KITA MENJADI SEORANG PENDIDIK YANG BERHEMAH TINGGI DAN BERDAYA SAING DALAM MENDEPANI ARUS KEMAJUAN DAN KEMODENAN.

Thursday, October 3, 2013

PERKARA YANG MEROSAKKAN IMAN

Perkara perkara yang boleh merosakkan iman.

antaranya..

Syirik kepada Allah

Murtad

Munafik

Sihir

Khurafat

Kufur

P/S..saudaraku sekalian, jangan sesekali kita cuba mendekati perkara di atas.. jaga iman kita daripada unsur-unsur hitam dan jahil..

Surat Buatmu



Kisah kasih ku loret kan bicara rasa..biar bersemadi menjadi kenanganku.. biar menjadi memori manis tatapan geberasiku..coretan rasa yang mendambakan bidadari kecil, bakal menjadi peneman buat ku.. menjadi kawan buat kekasih hati yang tercinta..kerana hadirmu bisa membawa sejuta bahagia..

Namun..umi masih menanti kehadiranmu..bilakah agaknya pertemuan itu..abahmu memilih untuk lebih tabah dan tenang, walau umi tahu jauh disudut hati abah, amat menantikanmu.. wahai insan kecil, bakal penyeriku, umi mu sentiasa berdoa pada yang Esa, agar memberi pertemuan itu untuk kita..umi harap Allah akan kabulkan..

Wahai anakku, kelahiranmu sangat-sangat dinanti..bukan sahaja umi, abah malah seluruh keluarga kita turut bertanyakan mu..bagaimana umi menjawab sebegitu banyak persoalan, umi lebih memilih kesabaran. Permata hati umi, kasih sayang umi dan abah pada mu amat besar nilainya..kau lah harapan umi dan abah nanti..





Anakku, umi doakan suatu hari Allah akan kabulkan doa umi dan abah..semoga pertemuan itu menjadi milik kita..kebahagian dan ketenangan hati milik kita.. insyaAllah..salam sayang dan cinta dari umi dan abahmu..

Love Umi & Abah
3 Oktober 2013 / khamis


Friday, May 3, 2013

Renungan sejenak untuk ku



alhamdulillah syukur ku panjatkan ke hadrat illahi, kerani masih memberi ruang dan peluang kepadaku meneruskan kehidupan ini. alhamdulillah.

kehidupan kini telah berubah mengikut peredaran zaman.. kini aku menginjak dewasa semakin matang menilai erti sebuah kehidupan..

selama kehidupan ini, tatkala umur terus meningkat, terfikir olehku, bagaiamana aku pada pandanganNya.

terasa amat sedikit bekalan akhiratku, bagaimana perjalananku kelak..

ya Allah, pelihara aku dari azab seksaan api neraka Mu.. amin ya Rabbal 'alamin..

Wednesday, May 9, 2012

Ya Allah, ku Mohon AmpunanMu

Ya Allah, ku Mohon AmpunanMu

Melangkah ku mencari arah yang pasti
Namun tiada jua kutemui
Sana sini hanya fatamorgana duniawi
Bimbinglah daku Ya Rabbi..

Manusia hanyut dalam khayalan
Arak menjadi santapan harian
Suntikan dadah tidak ketinggalan
Begitu mudah darah daging dibuang merata
Angkara nafsu zina bermaharaja

Sungguh kejam hati si jahiliah
Sombong menolak kebenaran yang nyata
Harta melimpah zakat dilupa
Ulama islam dicaci dihina
Tidak suka golongan bertakwa

Pilu hati melihat kehancuran
Di manakah cahayaMu Tuhan
Jiwaku kosong tiada panduan

Ya Rabbi, Ya Khaliq…
Lapangkan dadaku ini
Hindarkan aku dari tipu daya
Syaitan si durjana
Agar ketaatan dan kepatuhan
Hanya untuk Mu Tuhan…

Alangkah hebatnya hidayahMu
Beruntunglah bagi orang beriman
Jiwa tenteram mengingatiMu
Tenang sujud menghambakan diri
Akhlak terpuji tinggi pekerti..

Sedarlah wahai umat islam
Hidayatullah pembimbing kebenaran
Petunjuk ke jalan yang lurus
Demi redhaMu ya Allah
Hidup berkat selamat di dunia dan akhirat…

_SRHB_
assalamualaikum w.r.t

perjalanan yang jauh sering membuat kita keletihan
namun matlamat yang hendak dituju masih jauh
begitu jua perjalanan hidup kita
semakin kita maju ke hadapan
semakin mencabar ranjau dan onaknya
semakin mengajar kita erti kehidupan
jauhnya perjalanan hidup ini
memberi sejuta pengalaman bermakna pada kita
bagi mereka yang bijak menilainya
belajarlah dari alam ini
carilah hikmahnya...


Saturday, October 15, 2011

Exclusive Beg's!



GET NEW ONE
Dapatkan beg tangan eksklusif
khas untuk wanita.. atau... hadiahkan untuk yang tersayang! sesuai untuk apa jua keadaan.. dapatkan sekarang!!!
dengan harga


RM 110.00 SMALL SIZE
RM 150.00 LARGE SIZE

Semoga anda berpuas hati.