si comel buah hatiku

si comel buah hatiku

Saturday, October 12, 2013

Continuing Professional Development / CPD

KEPIMPINAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


Alhamdulillah, syukur ke hadrat Nya..memberi kesempatan masa dan tenaga serta kesihatan yang baik, sehingga saya dapat menghadiri kursus CPD sepanjang 5 hari, 8-12 oktober 2013 bertempat di Hotel Suria City, Johor Bahru. Rupanya banyak hikmah yang saya perolehi sepanjang kursus berlangsung, walaupun pada awalnya, saya hanya memenuhi kuota yang kosong memandangkan tahun posting 2009.

Banyak sebenarnya yang hendak dikongsikan, walaubagaimanapun, saya lebih tertarik untuk berkongsi berkaitan dengan pengunaan TEORI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN yang pernah kita temui semasa di IPTA dulu. Isunya adalah, adakah kita mengamalkan atau mengadaptasi atau mengaplikasikan teori pembelajaran tersebut dalam konteks P&P kita yang sebenarnya. Pelbagai respon daripada rakan guru yang lain mengatakan salah satunya penggunaan teori kasi sayang.. bila di soal semula oleh penceramah, apakah nama sebenar teori tersebut? ramai dalam kalangan peserta pada masa itu terpinga-pinga..kenapa ini berlaku? kita dah praktik pelbagai kaedah dan teori pengajaran dan pembelajaran termasuklah teori Maslow, Pavlov dan sebagainya, tetapi pada sejauh mana keberkesanan teori yang kita praktik kan tersebut? menyentuh berkaitan teori kasih sayang ialah teori Asertif iaitu lebih kepada daya pujuk seorang guru kepada muridnya..bukan dengan cara kekerasan.

Hakikatnya, saya berpendapat kita sebagai seorang guru perlu sentiasa memperkemaskan diri dengan pelbagai ilmu dan kemahiran pedagogi, termasuklah ilmu-ilmu kepimpinan sebagai seorang guru. kita adalah PEMIMPIN dalam konteks bilik darjah. kita juga adalah PENGURUS BESAR dalam kelas. andaikata kita tidak mengurus kelas dengan baik dan bijak, banyak masalah yang akan timbul seterusnya merugikan institusi kita. kita lihat pada contoh pada guru kelas sebagai pengurus bilik darjah dibawah tanggungjawabnya, mengabaikan amalan tersebut, natijahnya, bilik darjah yang TIDAK TERURUS, SURAM, pelajar yang KURANG BERKEYAKINAN, EMOSI TERGANGGU, seterusnya tidak dapat MENGAWAL KELAS dengan baik.

Guru seharusnya menjadi contoh tauladan yang baik kepada pelajar..daripada perkongsian ini, saya ingin menyatakan perkara yang perlu dilakukan oleh kita yang bernama guru ialah:

  1. GURU ADALAH PEMIMPIN DI DALAM DAN DI LUAR BILIK DARJAH.
  2. SEORANG PEMIMPIN PERLU MEMPUNYAI CIRI-CIRI SEPERTI BERKALIBER, OPTIMIS, KREATIF DAN EMPATI.
  3. GURU PERLU MEMBANGUNKAN DIRI TERUTAMA DALAM KEMAHIRAN KOMUNIKASI DAN ILMU PEDAGOGI.
  4. GURU HENDAKLAH SENTIASA PEKA DENGAN ISU-ISU YANG BERLAKU DALAM DUNIA PENDIDIKAN KHUSUSNYA.
 MARILAH KITA MENJADI SEORANG PENDIDIK YANG BERHEMAH TINGGI DAN BERDAYA SAING DALAM MENDEPANI ARUS KEMAJUAN DAN KEMODENAN.

No comments: