si comel buah hatiku

si comel buah hatiku

Thursday, February 26, 2009

motivasi untuk mu

Cita-cita? keinginan? Apa sahaja yang diimpikan tidak akan tercapai kalau hanya bermimpi tanpa pelaksanaan, usaha atau langkah permulaan untuk kecap target. Pernah tidak kita berazam bersungguh-sungguh tetapi tiada satu pun yang kita azamkan tercapai? Mungkin perkara biasa yang kita lakukan disaat menyambut tahun baru atau selepas mengetahui keputusan peperiksaan dengan markah yang rendah lalu menanam tekad di hati untuk tidak mengulangi kesilapan yang sama tau mungkin baru sahaja ditempatkan bertugas sebagai guru, pegawai bank dan tentera, pasti menyimpan azam untuk bertugas sebaik mungkin.
Tahniah dan syabas!!! Buat mereka yang menanam azam dan tekad di hati walau perkara dan matlamat yang diimpikan belum atau tidak pernah tercapai..orang sebegini masih bermotivasi walaupun mungkin menghadapi kesukaran untuk melaksana dan bergerak mencapai matlamatnya..pembaca tentu sahaja tersenyum bagi mereka yang tergolong dalam kalangan yang saya sebutkan. Isu nya di sini, bagaimana kita berjaya melaksanakan impian menjadi reality dan bukan sekadar di bibir mahupun di hati sahaja.
Apa pun, yang sebenarnya, kita mestilah bertindak dengan mengambil langkah pertama kerana langkah seterusnya dimulai dengan langkah pertama. Asasnya adalah mudah sahaja iaitu,
IMPIAN / WISH > DO IT = SUCCESS
DREAM / WISH > SILENT = FAIL
Maka, pilih antara dua konsep asas di atas, kejayaan atan kegagalan? Namun yang pasti tidak ada manusia yang menginginkan kegagalan. Terlalu banyak cabaran dan dugaan yang akan ditempuhi selama mana masih dalam perjalanan, banyak ranjau yang mesti di lalui. Tapi bagaimana kita menempatkan diri dalam kalangan mereka yang Berjaya dengan cemerlang? Asasnya juga mudah!
JANGAN CEPAT MENGALAH!
DON’T GIVE UP!
Selagi ada halangan kita cuba hadapi dengan bijak. Mungkin ada segelintir yang akan yang kurang berpuas hati dengan asas mudah tadi..asasnya,
TIDAK MUDAH UNTUK BERJAYA!
TIDAK SENANG UNTUK SENANG!
TIDAK MUSTAHIL UNTUK MENANG!
Juga konsep yang sangat mudah! Saya ingin membawa pembaca yang budiman sekalian, meniti perjalanan dan denai yang penuh dengan mehnah dan tribulasi, yang pasti ada pasang surut, hujan ribut, penat lelah, dan yang pasti pada akhirnya, jawapan muktamad adalah sebuah kemanisan perjuangan yang bernama,
KEJAYAAN!
KEMENANGAN!
KEPUASAN!
Saya yakin, pada ketika ini, pembaca sudah mula berfikir tentang buruk benar pendapat ini. Saya hanya ingin membantu sahabat-sahabat kita di luar sana, yang masih buntu, tidak tetap dengan keputusannya, sudahpun berazam berkali-kali, namun tiada hasil positif. Pastinya pening! Tidak tahu apa yang perlu di buat.. pada saya, ingat asas mudah yang saya utara sebentar tadi. Walau apa pun, kita mesti,
CUBA!
TRY!
TEST!
All the best! Tidak rugi mencuba, ini kerana sudah ramai orang yang Berjaya dengan konsep asas mudah tadi. Dan sememangnya, untuk menjadi seorang yang professional dalam pelbagai aspek, memerlukan kekuatan diri dan motivasi yang tinggi disamping komitmen yang berfokus. Pembaca budiman sekalian, pada ketika ini, kita hanya perlu focus kepada apa yang kita ingin capai. pasti kita dapat melihat jalan yang betul setelah mengkaji dan meneliti kesalahan yang menggagalkan impian kita sebelum ini.
Pada awalnya, idea ini tercetus dari sebuah keputusan untuk mengamalkan diet seimbang. Mungkin pembaca terfikir, apa kaitan asas mudah ini dengan diet seimbang? Bertitik tolak dari impian yang belum di genggaman, saya memotivasikan diri untuk membuat perancangan bijak untuk diet seimbang. Saya hanya ingin berkongsi dengan pembaca budiman sekalian, bahawa semua manusia berupaya dan berkemampuan untuk Berjaya dengan cemerlang. Begitu juga kita, juga mampu menjadi manusia yang berwawasan dan bermatlamat untuk mencapai impian kita.
KEJAYAAN ADALAH MILIK MEREKA YANG BERUSAHA!!!
Bagaimana dengan kita?
FIKIRKAN!!!

pernah dengar satu cerita?

Pernah dengar satu cerita tak? ungkapan ini yang selalu bermain di bibirku. sasaran utama anak sedara di rumah n kawan2..pasti jawapan mereka..Nak! dan cerita yang juga tetap sama..cerita Sang Kancil dan Sang Buaya..Lahh..jawapan hampa dari mulut2 comel kwnku. lain pulak ceritanya dengan anak sedara..tau, tau, sang kancil dan sang buayakan..tepat sekali! apa yang saya nak bawa ialah, bagaimana melalui penekanan dan pengulangan isi penting atau point sesuatu pengajaran dapat diingat oleh murid kita. means..pengulangan adalah merupakan satu pengukuhan dan peneguhan sesuatu topik..contoh lain, kita boleh aplikasi dalam bidang hafazan al-quran, bila mana kita selalu meminta murid membaca ayat hafalan td..automatik, ayat tersebut dapat diingat dengan cepat oleh murid..so,kita as a student pun kena mcm tu juga, apa kata kita aplikasikan apa yang telah dipelajari dalam kelas ke dalam kehidupan harian kita. contoh simple, kominikasi Bahasa Arab dalam penggunaan Kata Nama dan sebagainya, begitu juga Bahasa Inggeris.. semoga berjaya!

Tuesday, February 24, 2009

pantun buat mu

Suara hati bergema lagi, meraihkan rasa syukur kepada Ilahi kerana masih diberi ruang dan peluang nikmat iman dan islam.

Assalamualaikum pembuka bicara
Dari kami sumandak sabah
Sekadar sentuhan kata tanpa terluah
Buat tatapan kenangan kita bersama.

Meniti jalan denai becak
Harungi sungai menuju muara
Ini coretan al-kisah teman
Sebagai biasan di kala kerinduan

bermula cerita si gadis desa
melangkah ayu tampak cekalnya
senyum manis menggoda jiwa
tak lain tak bukan ernita Majok si kinit kecil namanya.

Gaya seorang pemimpin genius
Indah wajah petah berbicara
Luar tanpa kenal disangka serius
Itulah jasminah Jimin sahabat setia.

Tengok muka iras katun twetie
Tapi dia ni lagi comel dan lawa,
Tidak pernah berkira malah baik hati
Insan budiman si safiah salwa.

Wahai teman rakan dan taulan
Mari kita ke ruang iklan
Refleksi diri Tanya iman
Sudahkah kita menunaikan sembahyang?

Alhamdulillah syukur dipanjatkan
Bertemu rakan-rakan seperjuangan
Menghujah badai menongkah ujian
Bersama menempuh alam kampus UM

Tengok itu si dara Ranau
Merah jambu si pinky girl
Sangat mesra berkenalan dengannya
Meng.. panggilan manja si Asmiza Zinin

Asal mari Papar Sabah
Si cantik manis rajin belajar
Result gempak orangnya pun kelakar
Tu hah Yusrina Jaafar lah gerangannya

Kalau tadi sumandak sabah
Sarawakian pula berkongsi cerita
Memahat teguh kenangan indah
Sebahagian paparan diari suka duka

Si kawan ini tinggi lampai
Idelistik bijak berhujah
Orangnya cantik dan juga pandai
Maliana Matahar itulah namanya

Sangat dikenali seantero dunia
Tegas dan disiplin kritiria pimpinan
Senang didampingi dan mudah mesra
Halida untong si putri impian

cinta itu manis bila dirasai
rindu terangkum bila terpisah
duhai kasih teman sejati
menemani insan bernama siti rafidah.














Sunday, February 15, 2009

Hapuskan Air Mata Mu Teman

Assalamualaikum... salam ceria. buat shbt semua, kemaafan dipohon atas kelambatan melakar kata-kata dalam ruangan ini. alhamdulillah, hari ini, saya diberi peluang berkongsi pengalaman bersama shbt. mendung tak kan selamanya, pasti nanti, akan muncul mentari menerangi alam ini. pada shbt ku yang berduka, janganlah muram menemani hari mu. buangkan ratap sedihmu, biar seisi alam turut tersenyum menumpang gembira tanpa terucap. shbt ku, jadikanlah Tuhanmu tempat adu mu. meluah rasa dan kata yang tersimpan, biar terpandu jalan mu. biar dapat ditongkah arus dan cabaran yang sentiasa menduga kita. sahabat yang ku sayangi, kepada Allah hati ditumpu. hati dipadu. biar Dia yang menentukan segalanya..Berdoa selalu agar dirimu mendapat keselamatan dunia dan akhirat. Buat mu sahabat juga diriku ini, pengharapan seorang manusia hanya pada Tuhan yang satu..Allah swt.

senyumlah lah shbt..walau dukamu pahit untuk ditelan. biar orang melihat ketenanganmu. bukan gundah yang melingkari hati. duhai sahabat, ingatlah, aku sentiasa menemani mu.

ZAPIN KESYUKURAN

Subhanallah Maha Suci Allah (2x)

Subhanallah Maha Suci Allah
Alhamdulillah Segala Puji Bagi Allah
Allahu Akbar Allah Yang Maha Besar
Segala Pujian Hanya Untuk Mu

Tuhanku Yang Maha Esa
Hamba Mu Ini Selalu Melupai Mu
Ku Harapkan Keredhaan Mu
Agar Menjadi Hamba Yang Bersyukur

Subhanallah Maha Suci Allah (2x)
Diciptakan Manusia Sebaik-Baiknya
Supaya Menjadi Insan Berguna
Agar Beriman Dan Bertaqwa
Bekalan Untuk Bertemu Mu Ya Allah

Allahu Allah (2x)

Kepada Mu Kami Memohon
Ampunan Mu Ku Harapkan

Pada Mu Kami Berserah
Mohon Restu Dan Juga Keampunan
Moga Bahagia Hidup Kami
Dengan Rahmat Dan Kasih Sayang Mu

Allahu Allah (4x)
Subhanallah Maha Suci Allah