si comel buah hatiku

si comel buah hatiku

Friday, September 3, 2010

Geng Selasih SMKT 1999




rasanya, terlalu lama jemari ini berdiam kaku tidak perlu pada dashboard ini..tapi hari ini, terasa mahu dikongsi perasaan gembira dan bahagia. sekian lama membisu, ramadhan yang mulia menyatukan kami semula..GENG SELASIH 1997-1999, SMK TAMPARULI, SABAH, bersua walau secara maya di alam Facebook..girang di hati tidak mampu terucap oleh kata2.. memang sudah terlalu lama mencari teman-teman yang sekarang ini masing2 membawa haluannya.

tidak kurang juga, ramai yang sudah berumah dan bertangga..dah ada baby pun..keberkatan ramadhan juga menyambung ikatan yang pernah terjalin dahulu..ku coretkan antara nama yang sering menjadi pendamping alam persekolahan selama tiga tahun di SMKT.

ROSMINA SAMIN, ROSLINA SAMIN si kembar yang periang, NOORZIANAH ONDU, yang pernah menjadi sahabat rapatku dan sama2 menyambung pelajaran ke SMKA KK bersama MAZLIAH MAJALIN, SH. MASWAN, SH.MOHD ARIF...FAZILAH OTHMAN, DAYANG CT ASIAH, DYGKU CT HAMIDAH, NORLIAH MUPARANG, SITI HAWA, NOR CT AISYAH yang juga dikenali geng asrama pada ketika itu...JURAINIH, HERMAH,CT AMINAH, SURIA, CT AISYAH, NORAINI, HERMAH, NORLYANA, DINA, dan beberapa ORANG lagi yang tidak dapat ku coretkan di sini..

kerinduan seringkali menjengah ingatan. sungguh manis kenangan itu dan alam yang mengajar kedewasaan..syukur dipanjatkan kepada Allah swt dengan rahmat dan inayahNya, kami dipertemukan semula..

moga kalian sahabatku sentiasa berada dibawah payung rahmatNya..ameen.

No comments: