perjuangan itu sungguh hebat, dan pastilah hidup itu juga perjuangan yang hebat demi mendapatkan Redha-Nya
si comel buah hatiku
Thursday, April 22, 2010
Stress siri 1
Dalam kehidupan kita memang tidak lepas dari sebarang tekanan..kata orang, bukanlah namanya hidup kalau tiada sebarang tekanan ataupun Stress. dikala usia menjengah alam dewasa, peranan dan fungsi individu semakin bertambah. tanggungjawab bukan sekadar sebagai anak di rumah, malah lebih dari itu termasuklah sebagai bapa atau ibu kepada anak-anak, guru kepada muridnya, ketua kepada pengikut dan sahabat kepada sahabatnya. walaupun demikian, tugas atau peranan kita bukan setakat pada contoh tadi, tetapi tanggungjawab kita merangkumi aspek yang sangat luas termasuklah dalam hubungan dengan manusia lainnya, alam sekitarnya dan makhluk lainnya selain daripada ummat manusia.
penekanan kepada pengawalan tekanan yang datang bertubi tanpa dipinta ataupun tidak ber"surat memohon" minta keizinan menguasai diri kita. apakah persediaan kita dalam merungkai misteri ini? boleh kah dikatakan misteri? terpulang kepada pembaca pemikir budiman. pantai tidak pernah sunyi dari landaan ombak, begitu juga manusia yang tidak mampu melarikan diri dari tekanan melainkan terpaksa di hadapi jua. betul tidak? ada juga dalam kalangan kita mengatakan bahawa tiada warna hidup ini tanpa tekanan, ibaratnya tiada kemanisan, kepahitan dalam campuran kopi dan gula. maka jawapannya kopi tawar. justeru, perbincangan ini lebih tertumpu kepada cara pengawalan ataupun menangani masalah tekanan atau konflik yang timbul.
Tetapi sebelum kayuhan semakin laju, kita teliti terlebih dahulu apa maksud sebenar stress atau tekanan ataupun konflik? pasti ramai yang tertanya-tanya dan ada juga yang sudahpun maklum maksud dan pengertian sebenar.Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.Konflik atau Konfontasi biasanya bermaksud perselisihan, namun boleh juga diertikan pertikaian. Satu keadaan gangguan emosi, pemikiran dan fizikal seseorang.
tekanan atau stress ini boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian iaitu tekanan emosi, tekanan fizikal dan tekanan mental.
bersambung...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment