perjuangan itu sungguh hebat, dan pastilah hidup itu juga perjuangan yang hebat demi mendapatkan Redha-Nya
si comel buah hatiku
Friday, April 23, 2010
Tekanan / Stress Emosi
keikhlasan kita dalam berbicara mahupun dalam sesebuah perhubungan, sangat diperlukan. kalaulah lah, tiada rasa ikhlas, hubungan yang sedia ada tidak mampu berkekalan lebih lama. sebenarnya banyak perkara yang menyumbang kepada keretakan sesebuah hubungan. mari kita fokuskan terhadap hubungan keluarga ataupun di tempat kerja dan lebih-lebih lagi hubungan antara dua hati seperti pasangan suami isteri, yang mana apabila berlaku konflik dalaman, maka emosi individu mudah terganggu. mudah terusik apatah lagi melibatkan orang yang disayangi.
dalam perkara sebegini, terdapat beberapa faktor yang menjadi punca tekanan emosi yang mana faktor tersebut bolehlah dibahagikan kepada 2 iaitu fakto dalaman dan faktor luaran.
Adnan al-Sharif (1987: 86),
menyatakan bahawa tekanan bukan sahaja wujud kerana dipengaruhi oleh
gangguan mental dan emosi tetapi tekanan juga wujud apabila manusia merasa
ketidaktenteraman jiwa atau jiwa yang berada dalam keadaan gelisah, keluh
kesah, ketakutan, kecemasan dan was-was. Gangguan dan ketidaktenteraman jiwa itu pula, sama ada berpunca daripersekitaran luar mahu pun dalam diri manusia itu sendiri. Kasmini Kassim(1992: 26),
Pakar Psikiatri Kanak-Kanak di Malaysia berpendapat bahawa,
gangguan emosi yang sering berlaku di kalangan kanak-kanak dan remaja
kebanyakannya disebabkan reaksi terhadap tekanan yang dialami oleh
mereka. Manakala Uthman Najati (1992: 67), pula menjelaskan bahawa manusia
menghadapi gangguan dan ketidaktenteraman jiwa atau emosi apabila
berlakunya konflik psikis atau pertembungan antara dua jiwa manusia iaitu
jiwa yang beriman kepada Allah S.W.T dan jiwa yang menurut hawa nafsu.
Keadaan jiwa manusia seperti ini dapat digambarkan dalam kisah anak Nabi
Adam iaitu Qabil yang telah membunuh saudara kandungnya, Habil. Kisah ini
terdapat dalam surah al-Maidah, 6: 27-30 .
Tekanan emosi boleh juga disebabkan oleh faktor luaran seperti faktor
persekitaran. Hubungan antara persekitaran dengan tekanan ialah bagaimana
persekitaran yang melingkungi remaja boleh menyebabkan mereka tertekan
seperti persekitaran yang terlalu padat dengan penduduk, pembangunan yang
terlalu pesat, suasana masyarakat yang kurang baik dan suasana yang bising.
Perbandaran yang terlalu pesat berlaku merupakan penyebab kepada tekanan.
Peningkatan kos hidup dalam bandar menyebabkan individu berlumba-lumba
meningkatkan pendapatan keluarga. Di samping itu, perbandaran juga
menyebabkan individu banyak menghabiskan masa di jalan raya kerana
kesesakan lalu lintas.
bersambung...
p/s rujukan Tekanan Emosi Remaja Islam
FARIZA MD. SHAM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment