si comel buah hatiku

si comel buah hatiku

Sunday, May 23, 2010

Terima Kasih Cikgu, Selamat Hari Guru


Selamat Hari Guru

Selamat menyambut hari guru.. Guru Pembina Negara Bangsa, buat semua rakan seperjuangan, tanggal 16 mei membawa maksud besar kepada seorang guru. pada tarikh keramat itulah, seluruh rakyat malaysia menyatakan rasa hormat dan terima kasih kepada sekalian guru Malaysia di atas segala jasa, pengorbanan dan jerih payah mendidik anak bangsa kita.

kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah tidak terhingga, kasihnya seorang guru bagaimana? seluruh nyawa dan jasad didasarkan untuk mendidik anak bangsa negara. demi melihat peradaban dan ketamadunan bangsa melonjak tinggi seterusnya membina harapan membara moga-moga anak bangsa terus berlari lebih laju berbanding bangsa lain, berdiri walau tidak sama tinggi namun fikrahnya tetap unggul kehadapan dan duduk seiring sarjana ilmuan dari pelbagai lapangan.

dimana- mana pasti teringat pada yang satu, malah lebih ramai lagi..pastinya pelbagai ragam anak didik yang bergelar murid, pelajar mahupun mahasiswa di kampus universiti. pastinya tidak lepas dibenak memikirkan si anak didik. adakah faham atau tidak apa yang diajar, prsetasi peperiksaan semester satu menurun, nak pakai strategi baru capai markah lebih baik, mana pula halnya si anak didik melibatkan diri dengan gejala yang tidak sihat, perlakuan tidak bermoral.. hati terubat tatkala satu nama terukir UPSR terbaik, PMR cemerlang malah SPM 10 A1.

begitulah rantaian perjuangan dan pengorbanan seorang guru. bukan sahaja mengajar tetapi juga mendidik seseorang manusia menjadi insan yang sebenar yang mempunyai nilai dan berguna memakmurkan bumi. nilai usaha seorang guru terlalu mahal dan tidak mampu dibalas. lihat saja berapa ramai dalam kalangan rakyat Malaysia khususnya, menjadi pegawai-pegawai kerajaan, ahli perniagaan berjaya, doktor, ahli politik, akauntan, peguam, petani moden dan pelbagai lagi profesion dan pekerjaan yang ada, jelas membuktikan nilaian didikan seorang yang bernama guru, cikgu, guru besar dan pengetua.

kalau nak bercakap tentang jasa seorang guru memang tidak mampu dihitung. pengorbanannya sungguh besar dan kasih seorang guru sangat besar buat anak didiknya. apa yang patut kita lakukan untuk membalas jasa guru-guru kita? maka pada hari guru, sekurang-kurangnya ucaplah "Selamat Hari Guru, Cikgu"

Ikhlas dariku buat guru-guruku yang disayangi : cikgu Leha, cikgu Jaladin, Cikgu Bend, Cikgu jaladin, ustzah Maasumah, guru-guru SK Serusup, Guru-guru SMK Tamparuli, Guru-guru SMKA Kota Kinabalu, Pensyarah APIUMNP, Pensyarah APIUMKL dan Pensyarah pendidikan UMKL. "SELAMAT HARI GURU, TERIMA KASIH SEGALANYA"

No comments: