si comel buah hatiku

si comel buah hatiku

Monday, May 31, 2010

puitis rindu semalam

suara hati bergema lagi
menghujah deras melalui jari
melerai segala keresahan di hati
terbuku rindu dendam
terasa ingin diluah
hingga hilang pedih lara
namun tidak mampu ku kota
kata hanya permainan lidah
sedang minda memutar fikir
hati senyum berbunga
tiada ruang waktu untuk bersua
biar masa yang menentu segala
biar waktu berlalu
harapan memuncak
agar ada lagi pertemuan itu
agar dapat ke saksi mata yang bersinar
supaya dapat ku raih tangan yang setia
buatmu insan yang dirindui


cara Sebut huruf R dengan betul



penemuan rahsiah baru _ http://www.sebutrbetul.co.cc/

Adakah anda?
-Mempunyai masalah menyebut R?
- Telah mencuba banyak cara tetapi tidak berhasil?
- Masih tercari-cari cara yang betul menggetarkan lidah?
- Telah berdoa dan tawakal tetapi usaha tidak meyakinkan?
- Sedaya-upaya mencari jalan berubat dan berubah?

buat sahabat semua, saya ada satu perkongsian baru kepada sesiapa yang bermasalah dalam menyebut huruf "R" dengan betul. ada satu cara penyelesaian yang unik dan berkesan mengatasi ketidak selesaan ini.

sahabat semua bolehlah melayari laman ini http://www.sebutrbetul.co.cc/

Sunday, May 23, 2010

Falsafah Pendidikan Islam-FPI

assalamualaikum sahabatku.

hari tu dah kena interview spp. syukur alhamdulillah, berjalan lancar, satu je yang tak boleh lupa, FPI ( Falsafah Pendidikan Islam ). Tuan haji, yang interviewer ari tu nasihatkan supaya sentiasa bersedia dan faham segala isi tersurat dan tersirat FPI disamping FPK ( Falsafah Pendidikan Kebangsaan). jadi lepas ni kenalah berusaha menghayati FPI.

Tuan Haji ada pesan agar sentiasalah menjadi warga pendidik yang berkualiti dan sentiasa menjaga integriti dalam tugas dan amanah.

Suatu usaha berterusan untuk
menyampaikan ilmu, kemahiran dan
penghayatan Islam berdasarkan al-Quran
dan as-Sunnah bagi membentuk sikap,
kemahiran, keperibadian dan pandangan
hidup sebagai hamba Allah SWT yang
mempunyai tanggungjawab untuk
membangun diri, masyarakat, alam sekitar
dan negara ke arah mencapai kebaikan di
dunia dan kesejahteraan abadi di akhirat.

Terima Kasih Cikgu, Selamat Hari Guru


Selamat Hari Guru

Selamat menyambut hari guru.. Guru Pembina Negara Bangsa, buat semua rakan seperjuangan, tanggal 16 mei membawa maksud besar kepada seorang guru. pada tarikh keramat itulah, seluruh rakyat malaysia menyatakan rasa hormat dan terima kasih kepada sekalian guru Malaysia di atas segala jasa, pengorbanan dan jerih payah mendidik anak bangsa kita.

kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah tidak terhingga, kasihnya seorang guru bagaimana? seluruh nyawa dan jasad didasarkan untuk mendidik anak bangsa negara. demi melihat peradaban dan ketamadunan bangsa melonjak tinggi seterusnya membina harapan membara moga-moga anak bangsa terus berlari lebih laju berbanding bangsa lain, berdiri walau tidak sama tinggi namun fikrahnya tetap unggul kehadapan dan duduk seiring sarjana ilmuan dari pelbagai lapangan.

dimana- mana pasti teringat pada yang satu, malah lebih ramai lagi..pastinya pelbagai ragam anak didik yang bergelar murid, pelajar mahupun mahasiswa di kampus universiti. pastinya tidak lepas dibenak memikirkan si anak didik. adakah faham atau tidak apa yang diajar, prsetasi peperiksaan semester satu menurun, nak pakai strategi baru capai markah lebih baik, mana pula halnya si anak didik melibatkan diri dengan gejala yang tidak sihat, perlakuan tidak bermoral.. hati terubat tatkala satu nama terukir UPSR terbaik, PMR cemerlang malah SPM 10 A1.

begitulah rantaian perjuangan dan pengorbanan seorang guru. bukan sahaja mengajar tetapi juga mendidik seseorang manusia menjadi insan yang sebenar yang mempunyai nilai dan berguna memakmurkan bumi. nilai usaha seorang guru terlalu mahal dan tidak mampu dibalas. lihat saja berapa ramai dalam kalangan rakyat Malaysia khususnya, menjadi pegawai-pegawai kerajaan, ahli perniagaan berjaya, doktor, ahli politik, akauntan, peguam, petani moden dan pelbagai lagi profesion dan pekerjaan yang ada, jelas membuktikan nilaian didikan seorang yang bernama guru, cikgu, guru besar dan pengetua.

kalau nak bercakap tentang jasa seorang guru memang tidak mampu dihitung. pengorbanannya sungguh besar dan kasih seorang guru sangat besar buat anak didiknya. apa yang patut kita lakukan untuk membalas jasa guru-guru kita? maka pada hari guru, sekurang-kurangnya ucaplah "Selamat Hari Guru, Cikgu"

Ikhlas dariku buat guru-guruku yang disayangi : cikgu Leha, cikgu Jaladin, Cikgu Bend, Cikgu jaladin, ustzah Maasumah, guru-guru SK Serusup, Guru-guru SMK Tamparuli, Guru-guru SMKA Kota Kinabalu, Pensyarah APIUMNP, Pensyarah APIUMKL dan Pensyarah pendidikan UMKL. "SELAMAT HARI GURU, TERIMA KASIH SEGALANYA"