Benar kah kata hati?
atau tutur si akal?
atau mungkin jiwa boleh menentukannya?
kalau bukan, pasti sang iman.
Sudut hati mula merangka kata
Tidakkah kau merasa
Satu ketika hidupmu kosong
kau melangkah longlai bagai hilang punca
bagai hari yang berganti
tetap sama tiada bezanya...
pernahkah kau terfikir,
bahawa tiada seni hidup
dengan ruangan jiwa yang sepi
tanpa hala dan tuju
tanpa pergantungan hidup pada yang Satu
tidakkah kau menyedari hakikat itu
hakikat seorang hamba kepada khaliqnya...
sungguhlah hidup ini hanya sia-sia
benarlah jasad letih tanpa makna
bahagiakah hidupmu?
hadapan penuh kenikmatan dunia
kananmu harta yang tiada nilainya
kirimu penuh pembantu palsu
belakangmu diiringi maksiat yang membahagiakanmu
apalah ertinya hidup sebegitu?
penuh nikmat dan kemanisan?
atau onak duri yang sering menipu
membohongi hati yang sering gundah.
andai ada ruang kasih buat diri
akan adakah hari esok?
moga hidayah Allah menjengah hati
membuka pintu rahmat
memberi keampunan
melenyapkan segala hijab
moga mata hati mampu melihat
NUR dari Mu Tuhan...
MaghfirahMu ku harapkan.
srhb0223
atau tutur si akal?
atau mungkin jiwa boleh menentukannya?
kalau bukan, pasti sang iman.
Sudut hati mula merangka kata
Tidakkah kau merasa
Satu ketika hidupmu kosong
kau melangkah longlai bagai hilang punca
bagai hari yang berganti
tetap sama tiada bezanya...
pernahkah kau terfikir,
bahawa tiada seni hidup
dengan ruangan jiwa yang sepi
tanpa hala dan tuju
tanpa pergantungan hidup pada yang Satu
tidakkah kau menyedari hakikat itu
hakikat seorang hamba kepada khaliqnya...
sungguhlah hidup ini hanya sia-sia
benarlah jasad letih tanpa makna
bahagiakah hidupmu?
hadapan penuh kenikmatan dunia
kananmu harta yang tiada nilainya
kirimu penuh pembantu palsu
belakangmu diiringi maksiat yang membahagiakanmu
apalah ertinya hidup sebegitu?
penuh nikmat dan kemanisan?
atau onak duri yang sering menipu
membohongi hati yang sering gundah.
andai ada ruang kasih buat diri
akan adakah hari esok?
moga hidayah Allah menjengah hati
membuka pintu rahmat
memberi keampunan
melenyapkan segala hijab
moga mata hati mampu melihat
NUR dari Mu Tuhan...
MaghfirahMu ku harapkan.
srhb0223
1 comment:
aAkum kak siti.. pa khabar.. lama x dengar ceta. atau sy yg xda ceta haha..
Post a Comment