si comel buah hatiku

si comel buah hatiku

Friday, October 29, 2010

KENALI PERALATAN JAHITAN

PERHATIAN KEPADA SESIAPA YANG MENCARI PERALATAN MENJAHIT, INILAH DIA.

Pita pengukur

- Untuk mendapatkan ketepatan ukuran badan pemakai.

- Diperbuat daripada plastik lembut, kaca gentian atau kain minyak supaya tidak kecut.

- Panjang pita pengukur biasanya, 1.5 meter atau 150 cm.

Pembaris sesiku

- Mempunyai sudut 90 darjah, yang digunakan untuk mendapatkan sudut yang tepat semasa membuat rajah,atau pola.

- Digunakan untuk mendapatkan pecahan-pecahan ukuran tertentu seperti garisan lubang lengan dan leher untuk baju, atau garisan cawat untuk seluar.

- Diperbuat daripada kayu atau plastik.

Pembentuk

- Digunakan untuk membuat bentuk-bentuk pola seperti rusuk baju atau gaun.

- Sesuai untuk bentuk bahagian-bahagian melengkung seperti pinggang dan punggung.

- Panjang biasanya 60 cm.

- Diperbuat daripada kayu atau plastik.

Pembaris lurus

- Digunakan untuk membuat garis lurus.

- Diperbuat daripada kayu atau plastik.

Kertas minyak

- Digunakan untuk melakar rajah.

Kapur

- Digunakan untuk memindahkan tanda-tanda, cabang-cabang dan lain-lain garisan pola daripada kertas kepad fabric jahitan.

- Terdapat dalam pelbagai warna.

- Biasanya berukuran 6cm, dan berbentuk tiga atau empat segi.

Jarum peniti

- Digunakan sebagai penanda kepada fabrik.

- Digunakan mengikut kesesuain fabrik.

- Diperbuat daripada keluli berkilat supaya ia tidak meninggalkan kesan kepada fabrik.

- Digunakan untuk menetapkan kedudukan sementara supaya menyemat kertas ke kain, melekatkan lapisan kelepet dan lain-lain.

Benang kapas

- Mempunyai pelbagai warna.

- Sesuai digunakan untuk menjahit.

- Lebih lembut dan senang dijahit di atas pelbagai jenis fabrik.

Gunting fabrik

- Diperbuat daripada keluli tahan karat

- Berukuran 18-21 cm panjang

- Mempunyai mata pisau yang rata dan tajam

- Elakkan menggunting kertas

- Simpan di dalm sarung yang diperbuat daripada fabric flannel

Penetas jahitan

- Merupakan keluli tajam dan pemegangnya adalah plastik.

- Digunakan untuk menanggalkan mesin atau jahitan tangan seperti jelujur.

- Simpan dengan hujungnya tetutup, dadalam sarung.

Jarum jahitan tangan

- Saiz jarum ditentukan mengikut nombor.

- Jarum yang kasar bernombor kecil dan jarum ynag halus bernombor besar.

- Jarum bernombor 7-9 digunakan untuk jahitan tangan biasa.

"selamat menjahit dengan gembiranya"

No comments: