cutenyer...anak sapa tu? gambar hiasan je..anak sedara aku..
cabaran dan dugaan alam pekerjaan terkadang mencapai tahap tension/ tekanan yang sangat menggigit serebrum otak aku ni..rasanya bagai menyengat dan berdenyut2 kepala sehinggakan terasa nak tarik2 rambut ni..tapi masa ni jgk la aku nak share ngan korang, berbaloi kehidupan yang penuh dengan dugaan..pada hujungnya ada kemanisan menanti..betul x?
tidak semua yang kita harapkan penuh dengan magic akan berlaku, tetapi, boleh jadi, pada pertengahan, hujan melabuh membasahi diri..falsafahnya..means, xsemua yang kita harapkan, pasti menjadi milik kita, tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya..
wahai hujan yang tengah turun renyai2 nie, pasti kau dengar jeritan hatiku berlagu, mendendangkan irama yang sungguh menyayat hati..siapa kata Malaysia x boleh? kita pasti boleh..patrioitik rupanya makcik ni..sapa kata kita tidak mampu bersaing dengan negara lain? apatah lagi kita umat Islam, umat yang dimuliakan Allah s.w.t..umat yang penuh dengan semangat Jihad..kesungguhan dalam usaha yang dilakukan.. umat Nabi Muhammad s.a.w. yang akan mendapat syafaat Baginda nanti..insyaAllah..
jadi, kita jangan sampai berhenti berdoa memohon keampunan kepada Sang Khaliq iaitu Allah s.w.t. Tuhan sekalian Alam. betapa perlunya kita menjadi manusia yang dapat mengangkat martabat Islam dan maruah diri..jangan sekali atau banyak kali kita lalai dengan kesenangan dunia yang sementara ini..
aku kah itu? ya, suara hati pasti selamanya berfikir mengilhamkan kebenaran selagi mana iman hanya pada Allah s.w.t..syukur..kepala tidak sakit lagi..mungkin urat dalam dan sel2 otakku sudah berfungsi dengan baik yang sepatutnya.. bukan gila, janganlah tersalah faham ayat ye..ternyata banyak panduan ke arah sakinah atau ketenangan dalam hidup.
"sesungguhnya berjayalah orang2 yang beriman"
No comments:
Post a Comment