si comel buah hatiku

si comel buah hatiku

Friday, March 13, 2009

Dilema Wanita

Darilah tersungkur dicedera rindu, Biarlah ku hancur dimamah cinta, Harum kau hawa bagai harum syurga,Memungkinkan sekalung doa mustajab-muadz

Lekas jari jemari ini menekan kekunci computer riba ini, apa tidaknya, saya baru sahaja menonton iklan pengurusan badan. Mungkin perkara biasa bagi para pembaca, tetapi tidak pada saya. Kenapa? Ini kerana, masalah kegemukan atau pun perasan gemuk dalam kalangan masyarakat kita, khususnya kaum hawa, pasti mencetus kesan yang mendalam terutamanya dari aspek emosi. Ramai wanita merasakan kurang keselesaan apabila berada di tengah masyarakat ekoran kurang keyakinan dengan penampilan diri dan keadaan fizikal yang agak berisi atau gemuk!

Apa yang saya ingin lontarkan disini hanyalah luahan rasa syukur kepada Allah swt kerana mengurniakan fizikal yang sederhana walau pada hakikat, saya juga tergolong dalam kalangan wanita yang berbadan gempal. Saya berusaha memotivasikan diri sendiri agar sentiasa bersyukur dengan bentuk badan sebegini. Isunya di sini, saya mengharapkan kepada para wanita di luar sana, yang juga mengalami nasib yang sama, jangan lupa, setiap manusia ada kelebihan masing-masing. Walaupun keadaan fizikal kita agak berisi, sehingga apabila berjumpa dengan kawan-kawan, mereka mengata bermacam-macam, itu dan ini,itu tidak bermakna, kita menerima sahaja. Yakinlah bahawa, kemungkinan kita lebih baik berbanding mereka. Jangan merendah diri, tetapi tunjukkan kita juga mampu melakukan apa sahaja dan mampu Berjaya seperti orang lain.

Sebenarnya, beberapa hari lalu, saya berkenalan dengan seorang wanita. Kami belajar dalam satu kelas jahitan di UM. Saya kagum dengan wanita ini, sedangkan badannya lebih gempal dari biasa, tetapi dia rela menjadi cotoh saiz baju yang besar tanpa rasa malu malah yakin dengan dirinya..saiz fizikal bukanlah pengukur mutlak kepada penampilan seseorang. Walaupun kadangkala, factor ini membawa kepada masalah kurang keyakinan diri, kemurungan mahupun sering memencil diri, namun hakikatnya, saiz fizikal yang agak besar mempunyai keunikkan yang tersendiri. Contoh terdekat yang saya dapat berikan bila mana seorang daripada anak sedara saya yang juga memiliki saiz badan yang besar dan boleh dikatakan gemuk, saya tetap mengkaguminya kerana dia tidak pernah menunjukkan rasa kurang selesa dengan bentuk fizikalnya, malah sentiasa bersyukur dan merasakan dirinya tidak gemuk. Sentiasa memotivasikan diri dan menerima keadaan dirinya.

Ada seorang kawan yang juga berbadan besar, selalu mengamalkan diet, tetapi mahu sahaja mencari jalan pintas untuk menguruskan badan dan tidak sabar untuk capai hasil. Sikap sebegini juga, tidak boleh diamalkan..akhirnya, kawan ini tidak Berjaya mencapai targetnya..

Itulah ragam manusia, tidak pernah puas dan bersyukur dengan apa yang ada. Kesimpulannya, sentiasalah bersyukur kepada Allah S.W.T atas segala nikmat yang dikurniakan Nya.

3 comments:

ShiLa said...

tiap ciptaan Allah i2 ade keunikannye sendiri..& kesempurnaan tak pernah sinonim dgn manusia...klemahan itu lumrah, keistimewaan itu anugerah..siapa kt u mempersoalkan tiap ciptaan Allah..lalu, bersyukurlah atas apa yg tlh Allah kurniakan.cz, Allah knows everything..yakin pd diri, kt adlh ciptaan Allah yg istimewa..

Anonymous said...

change take time..as long as the change with effort..in the end..
u will see the victory...=)


Ketahuilah sekiranya Allah Azza wa Jalla berkehendak kebajikan dan hikmah bagi hambaNya, nescaya diperlihatkanNya kekurangan-kekurangan, kecelaan diri hamba itu. Sesiapa yang penglihatan hatinya tembus, nescaya tidak tersembunyi kepadanya akan kekurangan dan kecelaan dirinya itu. Maka apabila dia sudah mengetahui akan kekurangan dan kecelaan dirinya itu, nescaya akan memungkinkan dirinya mengubati dan membersihkannya. Malangnya kebanyakan hamba tidak mengetahui akan kekurangan dirinya, malah mereka lebih mudah lagi melihat habuk pada mata saudaranya daripada melihat kecacatan matanya pada dirinya sendiri.
-Petikan dari Kitab Ihya Ulumuddin-

Anonymous said...

benarlah hidup adalah perjuangan yang sangat hebat.