si comel buah hatiku

si comel buah hatiku

Monday, March 30, 2009

#rindu ke#

kembali jemari menekan key sementara lintasan idea menerjah ruang minda..proses alam berlalu meninggalkan manusia di alam masing-masing. subuh mula mengambil tempatnya sementara malam beransur melabuh tirainya.

mata kecil ini juga menimbulkan tanya dan soal di hati. tidak tampak tanda mahunya pada baring. mungkin, kawan kecil dihadapan ini menjadi punca , mengalih arah terus tepat ke skrin.. sama seperti sebelum ini, tugasan sebagai mahasiswa masih menemani diri. pendidikan yang sangat global yang kadang turut meresahkan.

wahai telinga yang mendengar, halwa alunan quran memenuhi ruang legar. seketika selepas maghrib tadi, anak-anak kecil datang lagi, kelihatan mereka senang, berusaha mencapai kertas dan pena, terus menerus menyoal dan bertanya, dan sedaya upaya mungkin, ku bantu anak-anak itu.. hakikatnya, hati ini sangat bahagia, sebab apa ya? sebab si anak-anak kecil tadi sebagai pengubat resah rindu keluarga yang jauh dimata..melihat karenah mereka, pasti terimbau kenangan dan memori bersama anak saudara tersayang..

letih menjengah tubuh, pancaindera tak terdaya lagi..buatmu teman dan diriku jua, selamat malam moga Allah memanjangkan umur kita agar dapat kita beriman dan menegakkan islam di muka bumi.

sekadar coretan hati...

5 comments:

Anonymous said...

bermadah pujangga betul la..he

cik ct said...

sekala perlu bermadah,baru hidup ceriakan..

Jihad said...

Tenang jiwa saya melelapkan mata mendengar alunan ayat-ayat Allah dari laptopmu malam tadi=) Kami pun bahagia semenjak anak-anak kecil tu menjadi tetamu tetap Rumah Balqis. Ceria rumah kita=) TQ ummi CT.hehe.

ShiLa said...

betul-betul-betul..hehe..cam sronok je diorang dtg k.ct..tiap2 ari pun ktorg on je..cm tkt org tu je xde ms..byk lg asingmt xsiap?

cik ct said...

baru ku tau, mengajar budak2 sgt memerlukan kesabaran yang tinggi..klu x sbr, mau marah ja..