24 julai 2008
Suara hati membisik lagi. Aku tahu, kala ini jiwa dibelenggu rasa sedih yang menggamit. Dan aku tahu, tika ini jiwa bergelora menahan bermacam rasa. Bila perasaan ini tiba, ku sedar hati sangat merindui mereka. Bahagia sungguh mengenang kenangan lalu. Saat ini, serta merta memori silam menerjah kembali bagai menonton layar perak rasanya. Ya, kenangan yang tidak akan dilupakan. Pasti! Pejam celik, kini aku dah menjangkau ke tahun empat di University Malaya. Aku ingat lagi pertama kali menjejak kaki ke menara gading ini. Sungguh tidak ku sangka, rezeki untuk menyambung belajar rupanya di uni perdana ini. Mungkin juga sebagai kebanggaan bagi kedua ibu bapaku dan keluarga di sabah. Catatan hidupku semakin manis rasanya apabila ditemukan kawan-kawan yang sangat memahamiku..entah kenapa tiba-tiba jari-jari ini laju menaip secoret rasa hati ini, mungkin hanya sebagai lakaran rasa hati yang merindui keluarga di kampung.
to be continue...
4 comments:
Saya juga menulis tentang Uni Perdana=) Moga cita-cita kita tercapai, menjadi kebanggaan ayah bonda, mengharumkan nama keluarga. Insya Allah.
x lama lgi kamu akan kembali ke sabah..sabo ye k.ct..bertahan dan teruskan perjuangan untuk semester ni..sama2 lah kite..chaiyok!!
hikari, sabar adalah temanku, andai hilang ia, tak tau nk jadi apa..hikari xrasa jauh oversea lg kan..heheh
chaiyok2..k.ct dah xlama dh...cepat je masa tu brlalu nnti..nnti mesti k.ct rindu giler dgn ktorang plak..hehe
Post a Comment