si comel buah hatiku

si comel buah hatiku

Wednesday, March 25, 2009

Tip sihat

Apakah maksud kesihatan yang sebenarnya?



mountain climbing salah satu aktiviti yang sangat sesuai bagi mengurangkan lemak tepu dalam badan.


mengamalkan diet seimbang dapat mengurangkan jumlah kolestrol dalam badan.


Pertubuhan Kesihatan Sedunia, mentakrifkan "sihat" bermaksud,"Keadaan sempurna fizikal, mental, dan sosial, dan tidak hanya ketika ketiadaan sakit"

Bagi mana-mana organisma, kesihatan ialah satu bentuk homeostasis. Ini merupakan satu imbangan di mana tenaga dan jisim masuk dan keluar (input and output) berada dalam keseimbangan (membolehkan pertumbuhan). Kesihatan juga membawa erti kemampuan untuk meneruskan hidup dengan prospek positif.

Bagi manusia, dengan kemampuan untuk menganalisa dan menjangka, kesihatan adalah lebih daripada itu. Maknanya bukan sahaja semuanya perlu tepat pada masa yang tepat, tetapi pemahaman subjektif penting bagi meneruskan pengimbangan yang sihat. Pemahaman ini datangnya daripada persepsi somatik termasuk sakit dan tidak selesa dan persepsi kognitif. Untuk merasai sihat, seseorang itu perlu merasakan dirinya sihat dan tiada risiko dalaman atau luaran yang boleh menggangu kesihatannya.

3 comments:

ShiLa said...

sihat-sihat-sihat....hehe..sesamalh kt mnjaga kesihtan ya..k.ct!..burger ayam special satu!hehe..

Jihad said...

Tips yang sangat berguna untuk saya. TQ cik ct=)

~hikari~ said...

ni bru gmbo chat namanye..hehe