si comel buah hatiku

si comel buah hatiku

Monday, March 23, 2009

"ilmu tanpa amal, umpama pokok tanpa buah"


Alhamdulillah, syukur pada Allah. kita masih diberikan nikmat iman dan ihsan Allah. Moga kita tergolong dalam kalangan orang yang bersyukur. Syukur juga, mikroteaching bahasa arab dah selesai tengahari tadi.

Alhamdulillah. saya dan jas kena ngajar Nusus, iaitu ilmu tanpa amal umpama pokok tanpa buah. agak mencabar gak mgajar tajuk ni untuk tingkatan empat. sebagai tambahan, bidang nusus ni sesuai diajar melalui kemahiran membaca (al-Fahmu wal isti'ab). kemahiran ni, kenalah diajar sehingga murid-murid faham tentang misal/ hikam ( perumpamaan) dan penggunaannya dalam ibarat mahupun situasi lain.


Merujuk pada perumpamaan "ilmu tanpa amal, ibarat pokok tanpa buah", bermaksud, ilmu, yang tidak diamalkan, maka tidak mendatangkan manfaat. begitu jugalah, apabila, sepohon pokok yang diharapkan berbuah, tetapi, tidak menghasilkan buah. maka, pokok tersebut, tidak memberikan manfaat kepada kita. ada juga pepatah arab lain yang membawa maksud yang sama, iaitu, "ilmu tanpa amal, umpama awan tanpa hujan". yang mana, kita harapkan turun hujan, tapi, hujan tidak turun jua.


Begitulah perumpamaan bagi sesuatu ilmu, tidak bermanfaat andai tidak beramal dengannya. dalam proses p&p tadi, proses untuk memahamkan murid amat payah dan memerlukan usaha yang lebih. apa pun, rebutlah pengalaman sebanyak mungkin, mutiara ilmu dan perkongsian idea selagi kudrat masih ada dan kurniaan nikmat dari-Nya.

4 comments:

Anonymous said...

tahniah ct! mengajar orang bukan suatu kerja yang senang,walaupun begitu, ia adalah satu kerja yg sgt mulia..teruskan usaha ya..dont give up ct.

Anonymous said...

manis hidup bila merasai pengalaman yang tak mungkin di lupakan..thanks.

Anonymous said...

Prof ungku aziz
"Belajar sambil mencabar, pengetahuan tidak terjuntai seperti pisang, bangsamu tidak termaju tanpa pemimpin, biarlah mahasiswa mencabar asalkan sambil itu mereka belajar..

p/s:mencabar diri sendiri tuk menjadi yg terbaik..rite k.ct?..life is about process of learning..sebelum bisa mengajar org lain..kite dlu kene blajo...

ShiLa said...

chaiyok2 k.ct..xsume org dilahirkan u jd seorg guru..so, when u got the chance to be a teacher..be a greatest teacher ever after..